Friday, March 18, 2016

Perempuan

Tadi cerita pasal lelaki kan ? kali ni cerita perempuan pulak.

To be honest sekarang aku dalam  keadaan yg xstabil tp masih dalam kawalan. haha

Lately ni aku tengok perempuan2 yang duk kejar laki untuk dapatkan kekasih. (geli dgr  kekasih)
Xkira dalam mcmna cara sekalipun. Aku as perempuan sangat malu dengan perempuan2 macam ni.
xsalah nak ngurat laki. tp cara beradab la kakak2 oi. Bukan tergedik2 dekat lelaki tu, merengek2 dengan ayat mcm perempuan gersang. uhuks2( muntah kejap). Alahai. Luar nampak sopan + beradab tapi hakikatnya tergedik2 nak cinta lelaki yg xjujur.

Nanti mesti ada nak compare kan dengan siti khadijah ngurat Rasullah. Jangan sama kan keadaan mereka sebab iman mereka sangat tebal. Iman kita? senipis kulit bawang je.

Bru kenal sebulan dah rela kena angkut dengan lelaki. Kakak oi malu laaa awak tu bertudung litup. Jauh dari family. Kesian kat pak ang tanggung dosa ang keluar ber2 tu oi. Bukan laki tu serius nak kat ang pun. Sebabkan ang  yg dok kejar dia kan .So dia pk perempuan ni senang nak dapat. Kakak oi malu la awak.

Semua adik beradik aku adalah lelaki & diorg ni banyak mengajar aku pasal lelaki. Jaga2 mata lelaki ni bahaya. Hati diorg xtetap. Nafsu diorg tinggi sama dgn ego nya.



Ingat kita semua adalah 
BAKAL PENUMPANG KE NERAKA!


Lelaki

Kali ni nak meluahkan sesuatu yang pelik tentang seorang lelaki. Pelik yang teramat sangat kaum adam ni.
Mungkin diorg pun akan pelik dengan kaum hawa jgk.

2 minggu lepas kawan lelaki sekelas aku masa diploma kahwin.
Masa zaman diploma dulu sampai degree dia kawan dgn kawan baik aku. Relationship dia bertahan sampai  4 tahun jugak la. 4 tahun tu agak lama la bg aku. huhuhu
Then tiba2 mamat ni minta putus atas alasan yang aku xboleh terima. hahaha mcm aku plak yang couple dgn mamat ni. Mamat ni bdk baik + background family yg not bad.

Tau dia minta putus sebab apa? Sebab pakaian kawan baik aku ni xmengikut syariah. hahahaha mmg aku gelak sakan. Padahal masa awal2 dulu kau jgk yg beriya2 nak dia. Orang tu xnak kau pun. Rupanya kau tinggal kan dia sebab jumpa perempuan lain. Yes aku jumpa dia depan mata dekat library diorg tgh berseronok berdua (bukan dgn wife dia). Sebabkan perempuan ni dia tgglkan kawan aku. Atas alasan pakaian xmengikut syariah konon.... kalau kau mengikut syariah xla ko berdua-duaan.
Ok ni bukan point aku nak cerita kan . Bila aku tgk dia kawen ni n tgk wife dia. Sebenarnya xla pun Pakaian Mengikut Syariah . Yes dia menutup aurat dengan sempurna but baju still ikut shape badan. Is it pakaian Syariah ??

Sekarang pakaian kawan baik aku pakaiannya lebih baik (betul2 mengikut Pakaian Syariah). Perempuan yang kau tinggal atas alasan xmengikut syariah itu.
Manusia boleh berubah kepada ke arah kebaikan. Opss kawan baik aku berubah bukan sebab mamat ni tgglkan. Dia berubah sebab Allah swt bagi petunjuk untuk dia jadi seorang muslimah yang dijaga.
So aku ni bila nak berubah ?? kah kah kah....

So lelaki2 sekalian kalau nak tinggal perempuan cari la alasan yang munasabah bukan alasan yang makan diri sendiri.

Tapi nak buat mcmna kalau bukan jodohkan?
Tapi jangan la sampai menguriskan hati org yg pernah sayangkan kau.

Nasib baik kawan aku dah move on & bahagia. Hehehe

Selamat Pengantin Baru Kawan! Semoga Kekal Sampai Syurga. 
Harap boleh membahagia kan isteri seadanya. :)

Thursday, March 17, 2016

Hati Sakit

Lama rase nyer xupdate blog ni...


Tapi kali ni update dgn hati sakit.
sakit sangat.....

Sakit nya tuh disini di dalam hati ku.
ingatkan kuat. Rupernya aku gagal.

AKU GAGAL!!!

28 tahun aku aku jaga hati aku. Tapi aku gagal aku gagal (Nangis sendu2 jap)

Why this happened to me?
Why?


Ya Allah berikan la aku kekuatan utk menghadapi semua ni..
Kau kuat kan la aku. :(

Saturday, September 20, 2014

Blog

Hello awok2 + cowok2...


Waaa lama jgk aku xupdate blog ek.. wahaha hampir 2 tahunn oii... Myb bz dgn kerja kot... Now aku  kerja KILANG.. and my title will be change to MINAH KILANG.. wahaha BZ kot boleh katakan hari2 balik kul 8-9 mlm.... penat tp I'm still young so i'll enjoy every second of my working life...ceh ceh ceh... baru la aku tau penat cari duit. even gaji aku x besar mana.. hahaha Tapi itu rezki Alhamdulillah.

Igt x entry aku dulu JURUTERA and TUDM?? hahaha Ye admit yg aku pilih JURUTERA as my career. POYOPO!.hahaha Kerjaya profesional ni xseindah nama tau!. bak kata mat saleh indah khabar dari rupaa!.... CEH!.  Ni nak luah perasaan pasal kerja ke apa?? hahaha.

Skang dah masuk gelombang kedua dalam tahun ni org berkahwin. OK aku stress bila ckp psl kahwin. Oi stress tau... Ni stress dari kerja. Sbb setiap kali call parent kat rumah akan ty bila nak kawen?? haaaa penat nak jwb. ni belum lagi jmp sedagha-magha . OK hujung tahun ni sepupu aku nak kawen dgn pakwe klate.. komfom telinga aku bernanahhhhhh time tu.. xtau lg nak senyum ke nak nyegih je...xde calon kot..... I'm still young, baru 26 thn.. hahaha ok kwn2 aku 26 thn dah kawen anak 3 dah .. amboi laju betul production. Ni jenis xnak tunggu kawan2. hahaha


OK dah STRESS citer psl kahwin.. Duit xcukup lg ni nak kawen!. sbb asyik pk nk vacation ajooo.ahahaha

OCT - planning USS (kali ke2)
 DEC- Kelantan
JAN - Sarawak 
April - Langkawi (Still under planning). 


Haaa tgk cane aku nak kawennn asyik pk nk holiday je..hahahaha :P ni semua alasann...
Ok lepas ni rajin la aku nak update sbb dah igt password blog.

Saturday, September 29, 2012

Hijab

Assalamualaikum..

Selamat selamat selamat berhujung minggu!.... Semalam adalah kekalahan kedua en.MU..wakakak suka giler dia kalah..what ever pun en.Chelsea always in my heart!. Love and hugs Chelsea!.. hahahaha Ok tujuan bukan nak mengutuk MU .tp fan MU jgn terlalu berlagak ok..hahaha dapat gol pun sbb refree..oppsss

Tujuan entry ni bukan nak cerita pasal bola tapi pasal hijab. Mungkin kali ini entry aku agak poyo sebab berkaitan hijab / tudung... Alhamdulillah lately nih ramai kawan-kawan islam kita dah berhijrah dari xberhijab ke berhijab. Xkisah la dikalangan artis atau orang biasa..tapi mmg ramai dah berhijrah kearah kebaikan..




kan manis macam ni :)



TAPI...


Please jangan mempermainkan hijab ni. Ramai yang berhijrah ke berhijab tapi ramai yang berhijrah dari berhijab xberhijab jgk.. Setelah bertahun-tahun anda bertudung tapi dengan satu masalah yang anda lalui anda terus ambil keputusan untuk xberhijab..Dulu anda juga menasihati kawan-kawan untuk berhijab, dalam sekelip mata anda yang berubah ke tidak berhijab....please jangan mempermainkan tudung ini..


Before this, lepak dekat KFC seorang2 semantara tunggu mak balik kerja.so pergi la makan kejap.. then tiba-tiba ada seorang minah nih pekerja KFC off duty kot.. pergi keluar KFC cabut hijab dia then HISAP ROKOK.. lepas smoking dia pakai blk hijab dia.. dalam hati aku.. WTH! mempermainkan hijab yang kami umat islam hormati sebagai permainan diorg.. PLEASE PLEASE PLEASE...

Hijab ini adalah sesuatu yang kita letak paling atas dalam tubuh badan kita iaitu atas kepala. Sebagai mana kita hormat kepala kita maka kita perlu hormat HIJAB.. DON'T MAKE FOOL ON HIJAB.PLEASE RESPECT HIJAB!


Xsemestinya orang bertudung ini baik, Ini aku akui sebab manusia dicipta sebagai tidak sempurna.. Kalau nak berhijab buat demi Allah s.w.t bukan sebab seseorang.. kita istiqamah atas nama Allah inshaAllah Allah sentiasa berkat kehidupan kita... Ameen..


agak2 nak main kan pemakain hijab.. pkai la tudung saji bila keluar ok..


 




*Aku pun menegur diri aku jugak.


adiooosss chiaaaw chinnn chiii

DIA

Assalamualaikum....



Sekarang genap 3 mggu aku menganggur.walaupun dah 2 kali pergi interview.. myb bkn rezki aku lagi... Doa doa doa dan terus berdoa YE!.hehe ni dah masuk penggal kedua thn makin ramai la kawan2 sekolah yg akan kahwen.. Seriously! mmg ramai yg kawen n ramai jgk yg production baby..ramai weh! ramai!.. bila tgk anak-anak diorg nih syok jgk ye..hehe mood nak kahwin main tinggi..haha cuma belum tiba jodoh lagi kot..hikhik (Gelak Gedix).

 Ala kalau jodoh xkemana pun..cuma berdoa dan terus berdoa..sbb apa yang berlaku dekat kita nih semua ditakdirkan dan ada hikmah disebalik kejadian (bayangan ustazah atiqah) hahaha... myb Allah s.w.t lambat kan jodoh aku untuk aku berbakti dengan family aku dan dekat diri denganNYA. Mungkin jgk DIA nak aku belajar selok-belok perkahwinan macamna nak jadi isteri soley-solehah... Sebab zaman sekarang nih penceraian makin membimbangkan.. ini la buat aku takut nak kahwin..takut iman masing-masing xkuat dengan godaan..hehehe 

Doa berkaitan jodoh nih lepas aku SPM xpernah aku lupa kalau lepas solat..Moga dimakbulkan setiap doa-doa aku dalam solat itu. Ameen.. :) Jangan mudah putus asa berkaitan jodoh ni...insyaAllah Allah akan pertemukan dengan insan yang terbaik untuk masing-masing.



*entry kali ni agak kepoyoaaaaan di dalam diri..har har har

Adiooooosss chiaaww chinnn chiiii!

Thursday, September 13, 2012

Penganggur aka tanam anggur

Assalamualaikum...


     Sekarang ni aku dah official "penganggur" ,baru memegang title ni sejak 4 hari lepas.. aduihai bosan seyh hidup penganggur nih... dulu jd penganggur syok gak r kan sbb duit sentiasa dpt dr FAMA.skang dah x lerrr sbb dah tuaa.minta duit dr FAMA terpaksa tebalkan muka.hak hak hak walaupun kulit muka nih nipis bak lapisan kulit bawang..hahaha


kalau la aku tanam kau anggur betul2 mmg bw duit..
kalau atas angin..byk buang angin la jwb nyer..ayooo


tiba-tibaaaaa mak masuk bilik...

'ika tolong downloadkan mak mp3 berzanji "..
"baik mak"..

maka ilang la ayt nak menulis mlm nih..hahahaha xpe utk mak semua boleh!..hehehe

good nite.. :)




adioooosss chaiooww chiiinn chhii...