Saturday, November 26, 2011

Sihir atau ilmu Hitam

Semenjak aku masuk sem nih... telinga aku asyik berdeing jek dgn perkataan sihir/ilmu hitam/ bnd halus....
sbb apa aku ckp mcm nih...hmpir 4 org kwn2 terdekat aku menceritakan bnd ni...





otak aku terus keluar '??????'..
aku bukan xpercaya bnd2 nih...tp jgn terlalu percaya....




tapi mmg kesian kwn2 aku yg kena sihir nih...hidup depa xtenteram... nak solat xtenang, datang bulan xbetul...hidup xkeruan... sbb bnd2 pedajal manusia yg bodoh!... yg pedajal perempuan selalu nya lelaki...dan yg pedajal lelaki selalunya perempuan.... tp disebabkn kwn2 aku nih perempuan maka lelaki laa yg buat bnd haram + bodoh + bangang tuh...

Wahai kaum adam..ingat la menyekutu Allah s.w.t dan pedajal manusia nih berdosa besar...elak dosa ang tuh xdiampunkan..yg aku pelik nih...lelaki percaya betul dgn kerja2 setan iblis nih ek?? mcmna kauorg nk conduct family ko kalo ko buat bnd2 keji nih? hentikan lah kaum adam yg pedajal kaum hawa disebabkan perempuan itu tolak cinta mereka... itu lg alasan plg bodoh+ bangang aku dgr........... tau x betapa seksanya kehidupan mereka atas kejahatan ko...ko igt ko da menyihir perempuan tuh ko bole dpt depa?? silap !....

kawan2 aku yg terkena sihir nih dikalangan mereka yg cantik2... kepada kaum hawa..agak2 xsuka lelaki tuh tolak la cinta bodoh mereka tuh baik2..jgn smpai silap berkata2.. tapi lelaki nih xpaham kalo org xsuke...kesian betul...

pesanan ringkas dr pihak penaja... hentikanlah menyihir orang!







adddiiiiooossss,chiiaooww chiinnn chiiii

Thursday, November 24, 2011

Chelsea OH Chelsea!!

CHELSEA!! WHY??

Boleh kalah dgn Arsenal and Liverpool??


Adakah sbb coach dia xde kredibiliti sbg seorg coach yg berjaya??
AVB jaga2 la posisi anda..


Pemain xhebat??
ada jek Terry, Lampard, Drogba,Torres, Anelka and ++
taraf dunia diorg nih xhebat ke??


AVB walaupun kau handsome tp jaga2 la...
Patutla Drogba xboleh ngam dgn kau...hahaha


BENGANG ATAS KEKALAHAN 2 KALI!!


Thursday, November 10, 2011

PSM


ini bukan PARTI SOSIALIS MALAYSIA ataupun PUSAT SAINS MALAYSIA
tetapi ini projek siap mati!
Skang teramat kebizian yg melimpah ruah...

PSM aku makin menyesak kan...huh..

<>
agak2 sapa2 yang bole composekan tajuk lagu nih ke lirik lagu...
waaa caya sama lu la!

Modelling the Ionospheric horizontal Gradient bla bla bla bla bla bla...................
(panjang yang amat,aku xhengat la)..hahaha
patut pun sv aku hangin...
hahaha ....


DOAKAN LA AKU DAPAT BUAT PSM NIH DGN JAYANYA....


adddiioooosss chiaaww chinnn chhhiiii..

Saturday, October 29, 2011

kenapa perempuan tak setia??

sejak2 akhir member berjantina lelaki selalu tanya?? kenapa perempuan nih xsetia???
meh aku jawabkan dengan jelas sekali...


"sebab nya perempuan hanya akan setia selepas berkahwin.insyaAllah.
sebab tuh lah zaman bercinta2 monyet nih diorg xsetia..
(dosa woooo xsetia ngan suami sendiri)
sbb lps kahwin diorg xboleh kahwin 4....
lelaki lps kahwin boleh jek nak psg 4..."

PUAS HATI JAWAPAN AKU??


adiosss...chiaoow chinnn chiii

kaya

dulu kau kaya ko xpernah pikir masa ko bakal susah
(mmg aku tau kau pernah susah)....
tapi xlama kau rasa hidup susah.
sekarang Allah dah bg rezki lebih xpayah mengungkit2.

sekarang dah susah ko mengungkit pasal org senang bukan kaya....

cerita yang ko xpernah cukup makan apa la...

tapi aku tgk ko bukan main lagi...

upload kat FB tempat makan yg kelas2 jek

xperlu lah sesenang hati cakap org kaya

sedangkan kita xtau apa yg org tu rasa masa dalam susah



sila jaga2 kata2 anda sebelum mengomen org lain

adiosssss.,chaow chin chiii

Thursday, September 8, 2011

prof melawan pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Suda...h semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari page2 di fb...xigt page apa

Monday, August 22, 2011

Abah (Part 2)

Korang tgk dulu video nih...kompom mengalir airmata kalau tgk...xmenitis pun paling kurang pun sedih ada dlm hati...kalo xsedih tuh xtau cheq nak habaq....




sedih???

Sebelum nih aku pernah keluar kan entry abah masa hari bapa hari tuh..Even bapak aku xbisu mcm dlm iklan nih...tapi aku tetap sedih tgk pengorbanan bapak dia nak besarkan dia.. anak sanggup bunuh diri sbb malu ada bapak mcm tuh..tapi bapak dia xkisah sanggup derma darah sbb takut anak dia meninggal.....


Think Carefully before we want to offensive our father ;)

*
reminder for me and you










Adiiioooossss Chiiaaww chin chiii